Sunday, July 6, 2014

Kalau Betul Couple itu Halal..


بسم الله الرحمن الرحيم 


Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah.
Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua.



"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersamanya dengannya..


1) Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

2) Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis  & syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman & tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam a.s & Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam a.s & Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah saw:
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


4) Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu & perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan & berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis & peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw:

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina & zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina & zinanya ialah ciuman."
(Imam Muslim & Imam Abu Dawud)

Sebenarnya jalan & lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan.

6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja..
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas & ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib & Atiq?



7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? Nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.

8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat ye, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. Itulah kita..

9) Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat & motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu hati, dapat berkat & rahmat pula =)

10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki & suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri & keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah & berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.

Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Tiada sesiapa yang pernah paksa untuk kita jadi malaikat dengan menolak 100% kehadiran cinta itu kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia & segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu. Jangan memaksa diri untuk menghapuskan perasaan itu tetapi alirkan rasa & cinta yang fitrah itu di atas landasan redha & cinta Ilahi.



"Once you've decided to change,
never look back & forget your past!
Keep in mind that Allah is always be with you.."

11) Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah, bantulah kami. Kini kami datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami. Aamiin Ya Rabb!

Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan & keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh & solehah turut kau miliki.
Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya, Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNya & tidak akan pernah memungkiri janjiNya.
Never lose hope & trust to Allah. Just keep on praying!

Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah, 2 : 153)


Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.

Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung 
sebab-sebab 
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan 
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain 
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia. 
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang 
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh 
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam..
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."

Peringatan kpd semua lelaki
 "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

 Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
 wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..

No comments:

Post a Comment