Sunday, February 23, 2014

Tak perlu mengenali aku. Tiada yang menarik. Aku cuma hamba

Assalamualaikum… Terasa sungguh akhir2 ini aku lebih senang dengan dunia… Dalam erti kata lain aku hanyut dengan dunia! Beberapa hari ini aku serasa ingin diam sediam-diamnya... Kerapuhan hati ini dilanda ujian dunia yang tiada henti singgahnya... Maka, aku harus mencari penguatnya.. Dari setiap sudut aku menilai diri... Di manakah  lompongnya hatiku ini? Namun tidak ku temui... Kosong yang… aku tak bisa terjemahkan sendiri…

Seorang hamba kepada seorang tuan yang kaya raya, yang miliki kemewahan dunia, sangat patuh pada perintah. Pantang tuannya mengarah, lantas dia bangun biar bagaimanapun situasinya ketika itu. Hambanya itu akur, dan tidak membantah, kerana dia sedar, dia cuma hamba yang dibayar gaji oleh tuannya. Jadi tugasnya adalah berkhidmat untuk tuannya. Patuh segala arahan, tunduk pada segala larangan. Jika sebelum masuk bekerja sebagai hamba, dia sedar bahawa dia harus tahu apa yang boleh dia lakukan, dan apa yang tidak boleh dia lakukan. Dia harus sedar akan itu. Dan dia harus berhati-hati. 


Itu kisah seorang hamba.. 
Bagai mana pula dengan kita?
Kita bukan hamba? 
Hakikatnya, kitalah seorang hamba yang sebenar-benarnya hamba.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. (Az-Zariyat: 56)

Siapa yang tidak mengaku sebagai hamba Allah? Kalau ditanya muslim yang ada, semuanya mengaku diri sebagai hamba-Nya.
Tapi dalam pengakuan itu, berapa ramai yang berusaha menjadi hamba yang sebenar-benarnya hamba? Mempunyai rasa patuh kepada perintah Allah? Lihat sahaja isu biasa dikontroversikan. Bilamana Allah menyuruh muslim menjaga solat dan menutup aurat, macam-macam alasan yang ada. Sehingga macam-macam ’defence mechanism’ yang keluar.
"ala, yang pakai tudung tu pun bukannya baik pun”
"yang solat tu pun, buat dosa jugak” 
Soal baik atau tak, itu nombor dua..yang utama, kepatuhan kita.



Ya Allah, akulah manusia yang amat lemah. 
Ampunilah dosa-dosaku...
Sungguh, aku tidak boleh menipu diriku bahawa aku hanya hamba-Mu.

Lemah di hadapan-Mu...


Wednesday, February 19, 2014

Nasihat Buat Sahabat

Assalamualaikum sahabat semua...

entry kali ni  sekadar ingin meluahkan kata2 nasihat dan pandangan saya kepada sahabat skalian sebagai ingatan kite bersama...

cuba sahabat2 fikirkan ape guna harta yang banyak sekiranya tidak dibelanjakan ke jalan Allah sedekah kepada fakir miskin dan membuat amal jariah..ape guna pangkat dan kedudukan sekiranya amanah kite tidak jage dan batas2 agama kite tidak jage..ape guna tubuh badan yang sihat yg selalu kite minta2 tetapi tidak guna ke jalan mendekatkan diri kepada Allah...ape guna nikmat umur yang panjang jika tidak mencari agama Allah...

sedarlah sahabat ...syukurilah nikmat yang Allah bagi dengan mencintai Allah dengan hati yg ikhlas kerana Allah kerana segala nikmat itu hanya pinjaman buat kamu...utk tujuan itu kamu mesti bersihkan hati kamu dengan berzikir kepada Allah sentiasa menjaga iman dan amal kamu...peliharalah hati kamu...firman Allah yang maksudnya dalam jasad manusia itu ada segumpal darah yg jika baik darah itu maka baiklah segalanya dan jika rosak segumpal darah itu maka rosaklah semuanya...iaitulah namanya hati...tersentuh hati mendgr kuliah maghrib yang disampaikn oleh seorang ustaz yg sgt bagus kata2nya...memandang muka beliau sudah nampak beliau seorang yg tenang hatinya dan menjaga agama....


salah satu cara menjaga hati ialah berzikir kepada Allah dengan sebanyaknya kerana dengan igt kepada Allah saja hati akan tenang...selain itu dekatilah taman2 syurga iaitulah kata nabi kepada sahabat apakah taman2 syurga itu ya Rasulullah maka Rasulullah menjawab iaitulah majlis2 zikir yg mana disitu letaknya rahmat2 Allah...kemudian kata salah seorang ahli sufi berkenaan dengan hati berkata :


"orang yang bertaubat selepas melakukan dosa dan insaf dengan dosa yg dia lakukan maka org itu lebih mulia daripada org yg berbuat taat kepada Allah tapi dtg riak dan bangga dengan amalan yg dilakukan"

fikir2lah sahabat sekalin,...adakah nilai ikhlas betul2 lekat dalam hati kite..adakah hati kite bersih  dipenuhi dengan cahaya kerana menghadiri majlis2 ilmu dan berzikir kepada Allah...adakah cinta kite kepada Allah atau kepada makhluk...di mana letaknya martabat hati kite...zaman sekarang kite dpt lihat manusia di zaman kehancuran di mana maksiat dan dosa berleluasa dek kerana hati mereka yg kotor dan rosak...manusia semakin jauh daripada Allah s.w.t kerana mereka lebih mementingkan urusan dunia daripada agama..manusia tidak mencari keredhaan Allah tetapi mereka lebih mencari kejayaan dunia yang sementara...

oleh itu sahabat2...ana berpesan pada diri yang dhaif ini ..supaya sama2 kite tingkatkan amal dan zikir kite kepada Allah agar hati kite sentiasa tenang dan hidup lebih diberkati Allah..ambillah peluang selagi mana kite masih hidup utk mengimarahkan masjid Allah dan menghadiri majlis2 zikir ..moga2 Allah merahmati kite dan semoga kite tegolong dalam golongan org beriman...jgn lupa untuk menuntut ilmu daripada guru yg muktabar dan sentiasa menjaga adab kamu semasa menuntut ilmu...igtlah tanpa ilmu manusia akan sesat dan sampaikanlah sepotong ayt Rasulullah sebagaimana dalam hadith baginda..insyallah same2 kite tingkatkan diri kite ke arah lebih baik.insyallah ...assalamualaikum...

Thursday, February 13, 2014


Dengarlah bisikan, agar tidak terpaksa mendengar jeritan... 
Merendah dirilah segera agar tidak dipijak kepala.

Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan... 

Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insyaAllah hidup akan lebih terisi dan bererti.

Dalam sunyi ada muhasabah..  Dalam ramai ada ukhwah..
Dalam sedih ada tarbiah..
Dalam ceria ada mahabbah..

Wednesday, February 12, 2014

SAye buDak baRuuu !

Assalamulaikum.

Untuk post nie saje je nak test untuk blog nie. Tuan punye jangan marah ea. Ambik mase nak kena setup sume benda nie. background, alignment, gambor. hahaha. Kalau sendiri punye senang laa haha. Sorry menyemak di blog anda, Welcome newbieee !